Posts

 6.0 RUJUKAN 1. https://www.sinarharian.com.my/article/60592/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Tak-sempurna-iman-jika-sakiti-perasaan-jiran  2.https://www.google.com/search?q=HAK+JIRAN+ISLAM+DAN+HAK+JIRAN+BUKAN+ISLAM&sxsrf=ALeKk03106WVwraC9X9bwEM2BnI_dqgu_Q:1617091961367&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwiKkLT_yNfvAhVczjgGHZQfBGIQ_AUoAXoECAIQAw&biw=1366&bih=600#imgrc=Gl_1WXCdzIZSHM 3. https://konsepkejiranan2k19.blogspot.com/2019/01/konsep-kejiranan-dan-hak-hak-jiran.html 4. http://sexygirlxx98.blogspot.com/ 5. https://www.google.com/search?q=konsep+kejiranan+dan+hak+hak+jiran+dalam+islam&sxsrf=ALeKk03zzh21qPIV6eCv4KfTOfKAg5KJzQ%3A1617283011456&ei=w8dlYNeyG6aW4-EPs4SL0AU&oq=konsep+kejiranan+dan+hak+hak+jiran+&gs_lcp=Cgdnd3Mtd2l6EAMYADIFCCEQoAEyBQghEKABOgcIIxCwAxAnOgcIABBHELADOgcIIxCwAhAnOgQIABANOgYIABANEB46CAgAEA0QBRAeOgQIIxAnOgIIADoGCAAQFhAeOggIIRAWEB0QHjoECCEQFToHCCEQChCgAVCYSFimoAFgvKoBaAlwAngAgAHkAYgBrxiSAQcxNi4xMC4ymAEAoAEBqgEHZ3dzLXdpesgBCcABAQ&
  5.0 PENUTUP       Hendaklah kita semua yang beriman kepada Allah dan rasul serta hari akhirat mentaati perintah agama dalam memuliakan jiran dan menunaikan hak-hak kejiranan sebaik dan semampu yang dapat diusahakan sebagai memenuhi kewajipan sebagai seorang yang beriman. لاَ يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا “ Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar kemampuannya” (Al-Baqarah : 286).      Hak kejiranan dan panduan yang diberikan oleh Islam tidak lain ialah untuk mencapai apa yang disebutkan sebagai salah satu daripada kebahagiaan dan keamanan dalam hidup.      Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam :  “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” . (hadit
Image
  4.0 KONSEP KEJIRANAN Tahukah anda apakah akhlak terhadap jiran antara Muslim dengan bukan Muslim? Akhlak yang perlu dijaga terhadap jiran bukan Muslim adalah seperti yang berikut : 1.      Menghormati jiran dan pengalaman mereka (kehidupan mereka)selagi tidak membawa mudarat.      Menghormati jiran dan pengalaman mereka selagi mana tidak membawa mudarat.  Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak mengganggu kehidupan dan pengalaman mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa bahaya dan mudarat.      Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka.  Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat A
 3.0 DALIL/HUKUM   1)   Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا يُؤْمِنُ عَبْدٌ حَتَّى يُحِبَّ لِجَارِهِ أَوْ قَالَ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ      Dan demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggamanNya, tidaklah seseorang beriman hingga ia mencintai untuk tetangganya, atau Beliau berkata, untuk sudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri. (HR Muslim no: 65)   2)   Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. لَيْسَ المُؤْمِنُ الَّذِيْ يَشْبَعُ وَ جَارُهُ جَائِعٌ إلى جَنْبِهِ      Bukanlah seorang mukmin, orang yang kenyang sementara tetangganya kelaparan di sampingnya. (HR Bukhari dalam Al Adab Al Mufrad no: 112)   3)   Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِالله وَ اليَوْمِ الآخِر فَلاَ يُؤْذِيْ جَارَهٌ      Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka janganlah ia menyakiti tetangganya. (HR Bukhari no: 5559)    4)      Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. خَيْر
 2.0 DEFINISI  2.1 DEFINISI KEJIRANAN       Berdasarkan kamus dewan, jiran adalah orang yang berada dekat dengan rumah yang lain. Jiran juga bermaksud tetangga, orang sebelah, orang sekampung, teman, berhampiran, sebelah-menyebelah, berdekatan, sekampung, sedesa, setempat, kejiranan, kemuafakatan, kerjasama dan kesepakatan. 2.2 DEFINISI HAK JIRAN      Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu : Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.”      Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa mudharat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak mengganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan to
 1.0 PENDAHULUAN      Realiti dunia pada masa kini,kita tidak boleh lari dari berinteraksi  sesama manusia baik rakan sekerja, kawan serumah, jiran-jiran sekampung dan lebih-lebih lagi jiran tetangga. Jiran yang tinggal berdekatan rumah kita dalam lingkungan jarak 40 buah rumah samada dari kiri atau sebelah kanan, depan mahupun disebelah belakang rumah. Dalam perkataan arab, jiran membawa maksud orang yang tinggal sebelah menyebelah atau tetangga.Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa semangat kejiranan membawa erti satu suasana dan perhubungan yang positif dalam satu-satu kawasan kejiranan. Ini menunjukkan bahawa islam menitikberatkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain dan agama islam ialah sebaik-baik agama yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di antara sesama manusia. Menetapkan lingkungan jiran dan hak jiran dalam sesuatu kawasan berbeza-beza menurut keadaan tertentu dan suasana. Bahkan menurut Al-Alusi dalam kitabnya ruhul Ma'ani Fi tafsiril Qur'an