2.0 DEFINISI 2.1 DEFINISI KEJIRANAN Berdasarkan kamus dewan, jiran adalah orang yang berada dekat dengan rumah yang lain. Jiran juga bermaksud tetangga, orang sebelah, orang sekampung, teman, berhampiran, sebelah-menyebelah, berdekatan, sekampung, sedesa, setempat, kejiranan, kemuafakatan, kerjasama dan kesepakatan. 2.2 DEFINISI HAK JIRAN Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu : Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.” Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa mudharat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak mengganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka sepert...