4.0 KONSEP KEJIRANAN

Tahukah anda apakah akhlak terhadap jiran antara Muslim dengan bukan Muslim?

Akhlak yang perlu dijaga terhadap jiran bukan Muslim adalah seperti yang berikut :

1.      Menghormati jiran dan pengalaman mereka (kehidupan mereka)selagi tidak membawa mudarat.

    Menghormati jiran dan pengalaman mereka selagi mana tidak membawa mudarat.  Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak mengganggu kehidupan dan pengalaman mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa bahaya dan mudarat.

    Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka.  Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah SAW iaitu: Maksudnya: Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau.

    Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadith, jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan memelihara hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagimana tidak merosakkan akidah dan akhlak.

2.      Tidak menyinggung perasaan jiran dan memelihara keamanan dengan jiran.

    Jiran merupakan salah satu watak penting dalam lakaran kehidupan kita. Kedudukan jiran juga diberikan perhatian penting dari sudut pandang Islam. Di samping kita memikirkan tentang jiran kita, jangan lupa, dalam masa yang sama kita juga ialah jiran kepada orang lain. Berbuat baik kepada jiran adalah tuntutan agama. Bahkan, perintah itu disebut dengan diikat bersama perintah menyembah ALLAH dan tidak melakukan syirik. Ia menggambarkan satu perintah yang besar dan tidak boleh dipandang remeh sepertimana yang disebut dalam Surah al-Nisa', ayat 36.

    Berbuat baik kepada jiran dan menjadi jiran yang baik mempunyai kaitan dengan kualiti iman kita. Kesempurnaan iman seseorang bukan hanya bergantung kepada sejauh mana hubungannya dengan ALLAH SWT, bahkan ia juga dilihat bagaimana hubungannya dengan manusia yang lain termasuk jiran terdekat. Sebab itu Rasulullah SAW berpesan: “Sesiapa yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.” (Riwayat Muslim)

    Oleh itu, usah memandang remeh hubungan kita dengan jiran-jiran lain. Ia amat diberi perhatian oleh Islam hinggakan Nabi Muhammad SAW bersabda: “Jibril sentiasa berpesan kepadaku agar berlaku baik kepada jiran sehingga aku menyangka bahawa jiran akan boleh mewarisi hartaku.” (Riwayat al-Bukhari) Hakikatnya, jiran bukanlah termasuk dalam senarai ahli keluarga yang berhak mewarisi harta seseorang selepas dia meninggal dunia. Namun, pesanan Jibril kepada baginda SAW itu menunjukkan kedudukan jiran yang sangat penting dalam kehidupan kita.

    Untuk berbuat baik kepada jiran, masing-masing ada kemampuan tersendiri. Tanggungjawab itu juga boleh dilaksanakan melalui pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat secara zahir seperti saling bertukar-tukar juadah makanan, menghulur bantuan kewangan jika dalam kesusahan, ziarah-menziarahi, bertanya khabar, tolong-menolong dan bergotong-royong jika ada sesuatu majlis keraian dan sebagainya.

3.      Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat.

    Disebalik berusaha melakukan kebaikan kepada jiran dan membantu jiran maka seseorang itu juga harus berusaha mengelakkan dari mencederakan jirannya dan berlaku khianat serta membocorkan rahsia dan keaiban dari jirannya. Memelihara jiran dari sesuatu yang bahaya, juga bermaksud tidak menyerahkan mereka kepada musuh dan membelot kepada mereka serta juga tidak membiarkan mereka tanpa amaran apabila adanya bahaya mendekati mereka. Berlaku khianat kepada jiran boleh terjadi dengan cara membocorkan rahsia jiranyang boleh memalukan mereka, mencederakan maruah atau nyawa mereka danharta benda mereka. Bahkan pelbagai cara boleh berlaku dan yang paling buruk danjahat serta keji di sisi Allah ialah mengkhianati jiran dengan melakukan keburukkan kepada ahli keluarga mereka.

4.      Membantu dan menolong mereka apabila mereka berada dalam kesusahan.

    Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila sanggup mengenepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran pada masa diperlukan. Pengorbanan seumpama ini sememangnya tidak mudah dilupakan oleh sesiapapun apatah lagi jiran yang terdekat.

    Semakin kerap kita menolong jiran maka pada masa yang sama semakin kuat pula ikatan kejiranan. Dengan sebab itu, amalan menolong jiran adalah amalan yang paling berkesan dalam mengekalkan hubungan kejiranan yang baik sekalipun telah berpindah rumah. Seharusnya amalan ini dilakukan oleh setiap daripada kita.

5.      Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam  muamalah dengan mereka.

    Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat dari banyak panduan dari hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar ra yang menyebut telah bersabda rasulullah : “Wahai Aba Zar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau”.


(hadith sahih riwayat Muslim no. 2625).


    Juga daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda.


(hadith sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no. 1943 dengan menghasankannya dan Ahmad no. 6496)


4.1 HAK JIRAN ISLAM DAN BUKAN ISLAM

    Hubungan persaudaraan di antara orang islam dengan bukan islam adalah didasarkan pada asal-usul kejadian manusia serta hak-hak kejiranan bukannya atas dasar nasab atau kaum kerabat. Allah S.W.T menyeru umatnya agar memberikan kebaikan dan keadilan kepada rakyat yang bukan islam. Kebaikan dan keadilan dijamin kepada mereka tidak memerangi dan mengusir umat Islam di negara yang telah diduduki. Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8 yang bermaksud; 

     "Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil".

    Oleh yang demikian, kita sebagai umat islam disuruh berbuat baik kepada bukan islam. Tiada sistem undang-undang yang lebih adil seperti sistem Islam yang memberikan keadilan kepada bukan islam di tanah air islam. 

    Menghormati hak masing-masing Islam membenarkan perhubungan ini dengan syarat tidak menjejaskan kesucian Islam serta tidak membahayakan keutuhan masyarakat. 

 

Comments